CARA UNTUK MELAJUKAN KOMPUTER ANDA



NAK CARI JAWAPAN UNTUK BAGAIMANA MELAJUKAN KOMPUTER ANDA ?


Anda boleh melakukan beberapa perbaikan asas untuk menjadikan PC anda lebih cepat berjalan, dan sebahagian besar daripadanya hanya memerlukan beberapa saat untuk diselesaikan. Terdapat beberapa langkah yang perlu anda lihat :- 1. CHECK RUANG HARD DISK Bagi memastikan PC anda berjalan dengan laju, anda perlu memastikan ruangan kosong pada hardisk anda ada sebanyak 15%. Sekiranya ruang tersebut penuh anda perlu menghapuskan beberapa projek atau dokumen yang tidak penting.

2. SIMPAN RECORD LAMA DIDALAM CLOUD ATAU EXTERNAL HARDISK

Sekiranya anda mempunyai gambar simpanan lama di PC anda, tapi jarang sekali melihat-lihat dan tidak teringin nak padam, anda boleh pindahkan ke bahagian 'cloud' atau pendrive .Perkara ini akan menjimatkan banyak memori pada PC anda dan meningkatkan kelajuannya.


3. TUKAR HARDISK (HDD) KEPADA SOLID STATE DRIVE (SSD)

SSD ialah sejenis storage yang jauh lebih hebat daripada hard disk. Jika mahu melajukan laptop, anda harus menggunakan SSD kerana ia mempunyai kelajuan sehingga 10 kali ganda lebih pantas berbanding hard disk biasa.


Walaupun kapasiti adalah lebih kecil berbanding hard disk, tapi sangat laju. Saya suggest anda pakai SSD 120GB /240GB dan jadikan hard disk lama anda sebagai secondary storage.



11 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua